ads2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penyanyi Dayangku Intan Sertai PKR... Borang Permohonan Diserah Kepada Presiden PKR..

Di celah-celah kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang berlangsung di Genting Highlands, penyanyi yang popular dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang", Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi.

Borang permohonan menyertai salah satu parti dalam komponen Pakatan Rakyat itu diterima sendiri oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada satu majlis makan malam "Senandung Reformasi" di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.

Dayang atau nama sebenarnya Dayangku Intan binti Tengku Abdul Hamid pernah menggemparkan negara dengan memfailkan saman ganti rugi RM3.9 juta terhadap Menteri Pelancongan dan Kerajaan Malaysia kerana memungkiri perjanjian kontrak.

Dayangku Intan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd dan Pengarah Urusannya, Rosman Yahil, 45, memfailkan saman itu kerana defendan memungkiri kontrak Pertunjukan dan Pertandingan Bunga Api Merdeka Antarabangsa Sedunia.

Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, 20 Julai lalu, melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Plaintif mendakwa defendan gagal menunaikan janji dengan memberikan kontrak itu kepada Global 2000 Sdn Bhd (pihak ketiga) sedangkan cadangan dan kertas kerja asal mengenai konsep itu disediakan InMan Production. - Jalan Pulang
author

About the Author

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate...