ads2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PRU 13 ; CERITA TERBARU MENGENAI MAT SABU



mat sabu adalah timbalan presiden pas.

dia menang kerusi timbalan presiden pas setelah kesilapan lawanan 3 penjuru dalam pertandingan timbalan presiden.

sepatutnya yang boleh menang adalah nasarudin mat isa, lantas mengekalkan jawatan timbalan presiden yang disandang.

tetapi anak sedara nik ajis, tuan berahim tuan man telah masuk campur dan menyebabkan undi kepada golongan yang dianggap ada ilmu agama berpecah 2.

mat sabu adalah timbalan presiden dalam ertikata bernasib baik.

namun dalam pertarungan 2 kumpulan dalaman pas yang semakin kronik, mat sabu masih sukar dikesan kepunyaan siapa.

dia bukan erdogan.
dia bukan kumpulan hj hadi.

mat sabu tidak suka pada perjuangan anwarisme dalam parti pas. dek kerana itulah dia senantiasa memilih untuk mendiamkan diri tatkala pas diserang melalui jaluran anwarisme.

mat sabu juga bukan pilihan hj hadi.
mat sabu bukan golongan ulamak.

dia cukup ditolak oleh proksi besar hj hadi di trengganu iaitu dato haron taib.

malahan nasib dia di kedah pun tidak terbela oleh pimpinan pas kedah.

umum mengetahui azizan tidak pernah sependapat dengan mat sabu, baik dari segi sokongan politik mahupun perjuangan syiar.

pru ke 13 semakin dekat.

nik ajis beberapa bulan lepas membayangkan untuk melepas bebaskan beberapa nama luar untuk bertanding di negeri asal.

mangsa pertama adalah salahudin ayub. mudah dan cukup mesra dikenali dengan nama din pudu.

din pudu bersemangat dalam usaha menerobos peluang pas di negeri kelahiran umno, iaitu di johor.

din pudu begitu teruja dengan ide penerobosan pas di johor.

begitu teruja hinggakan kerusi parlimen kubang kerian sudah semakin dilupakan.

sayang keterujaan din pudu tersentak dengan siri kebodohan nizar menjahanamkan peluang pas di johor.

semalam foto tuanku sultan johor sebak sudah bertebaran. umum mengetahui jalinan rapat antara rakyat dan duli tuanku johor bukanlah sembarangan, ia adalah jalinan cukup mesra yang dijalin sejak sekian lama.

duli tuanku sultan sudah dan seolah-olah memberi hint semalam.

mampos pas di johor. din pudu meratap hiba peluangnya untuk menerobos johor, lantas mengeluarkan kenyataan melepas geram apabila menyeru rakyat tidak menyabitkan kebodohan nizar dengan partai pas.

itulah jawapan taraf SRP pimpinan pas, pkr dan dap.

mereka enggan mengaku salah.
peluang din pudu nampak semakin kelam.
dikabarkan peluang mat sabu juga semakin kelam.

mat sabu bukan pilihan hj hadi, bukan pilihan anwarista.

kerusi pilihan mat sabu iaitu parlimen kuala trengganu sudah terisi.
di kelantan, penolakan orang luar semakin kuat.
di kedah, musuh ketatnya iaitu azizan tak bagi can.

ada orang kata mat sabu akan bertanding di parlimen bukit bintang. tetapi sumber memberitahu bahawasanya DAP tidak akan memperjudikan peluang kemenangan dengan cuba untuk melaksanakan teori.

semalam perbincangan kami dengan orang pas cukup memberangsangkan.

maklumat dalaman memberitahu, sehingga takat ini mat sabu masih lagi belum diputuskan oleh pimpinan pas untuk bertanding dalam mana-mana kawasan parlimen.

daripada puluhan kawasan pas, hanya pas kawasan baling sahaja yang berani mencalonkan mat sabu untuk bertanding di parlimen..namun parlimen mana tidak diketahui.

ini adalah dilema pas.

kebanyakan pimpinan utama pas disokong dan didokong oleh kawasan parlimen yang bukan dari negeri asal. mat sabu menetap di seksyen 17 shah alam, pernah bertanding di kerusi nilam puri, kuala trengganu dll.

mat sabu mungkin minta belas kasihan lim guan eng dalam menentukan nasib politiknya dalam pru ke 13 nanti.

ini baru satu, ada 6 lagi cerita terbaru mengenai pas.
akan di update ASAP.
author

About the Author

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate...